Falsafah Pendidikan Khas PPKI SKRP

Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran , berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan falsafah Pendidikan Negara.

Visi Pendidikan Khas PPKI SKRP

Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid – murid dengan keperluan khas untuk mengembangkan bakat dan potensi serta mampu mengurus diri dan menguasai 3M ( Membaca, menulis dan mengira ).

Misi Pendidikan Khas PPKI SKRP
Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada murid – murid dengan keperluan khas untuk melahirkan insan yang dapat berdikari berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan Negara.

Objektif Pendidikan Khas PPKI SKRP

 Bimbingan yang berterusan mengikut keupayaan dan kemampuan murid.
 Mengembangkan bakat dan potensi murid mengikut minat masing – masing.
 Murid mengamalkan tingkahlaku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna.
 Proses pengajaran dan pembelajaran yang merangsang dan mengekalkan minat muridd berkeperluan khas kepada pembelajaran.
 Murid mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran di alam persekolahan untuk digunakan dalam kehidupan seharian.

Guru - Guru PPKI 2008

PUAN NURHALIZA BT ISHAK
PENYELARAS PPKI




EN HAMIZAN ABD HADI




Murid - Murid PPKI 2008

Tuesday, November 25, 2008

Sejarah Penubuhan Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang Masjid Tanah, Melaka

Sebelum sekolah ini dibina murid-murid dari Kampung Rantau Panjang dan sekitarnya mendapat pendidikan di sekolah yang berhampiran iaitu Sekolah Kebangsaan Air Pa’abas dan Sekolah Kebangsaan Air Limau. Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang telah dibina oleh kerajaan pada tahun 1960. Ianya telah dirasmikan pada 14 November 1961 oleh YAB Encik Ab. Ghaffar b. Baba, selaku Ketua Menteri Melaka pada masa itu.

Pada mulanya sekolah ini hanya terdiri dari sebuah bangunan satu tingkat yang sebuah bangunan tambahan dan sebuah rumah guru telah dibina. Bangunan tambahan merupakan sebuah bangunan dua tingkat yang mengandungi 3 bilik darjah, pejabat dan bilik guru. Pada tahun 1985 sebuah kantin dan sebuah padang permainan telah dibina. Padang sekolah dibuat di atas tapak seluas satu ekar. Untuk kemudahan meletak kereta bagi guru dan kakitangan sekolah sebuah tempat meletak kereta telah dibina pada tahun 1994. Pada tahun 1999 sebuah bangunan satu bilik telah dibina untuk digunakan sebagai bilik Kemahiran Hidup.

Guru Besar yang pertama ialah Tuan Haji Md. Yassin b. Kuan. Beliau bertugas dari tahun 1961 hingga tahun 1963. Pengerusi LPS yang pertama ialah Tuan Haji Tahir b. Abu. Beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak bagi penubuhan Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang.

Bilangan guru pada masa sekolah ini ditubuhkan ialah seramai 3 orang sahaja. Manakala murid-muridnya adalah seramai 65 orang iaitu 31 orang lelaki dan 34 orang perempuan. Kebanyakan murid-murid adalah dari kalangan penduduk tempatan yang berbangsa Melayu dan beragama Islam. Namun begitu terdapat beberapa orang murid dari bangsa India.

Sehingga kini beberapa orang bekas pelajar sekolah ini telah mencapai kejayaan yang cemerlang. Antaranya ada beberapa orang yang telah berjaya melanjutkan pelajaran sehingga ke menara gading.

No comments: